Saya dapat nama-nama Surah ini dari Facebook dan merasakan pentingnya Surah-surah ini, saya kongsikan dengan pembaca Mengait Stuff dan Vitaminicious sekalian. Semoga kita berada di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T sentiasa.
0 Comments
Tahukah Anda?
Bahawa ikan yang ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus A.S itu ternyata masih lagi hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sudah dijelaskan dalam Al-Qur'an : Andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan. Maka banyakkan beristighfar. Tahukah Anda? Bahawa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dari lahir sampai mati. Kerana itu, kadang-kadang ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah-olah tempat tersebut sudah tidak asing lagi bagi kita. Tahukah Anda? Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah-olah kita mati. Ini terjadi dalam hitungan yang sangat pantas. Setelah itu ia akan berfungsi seperti normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita. Tahukah Anda? Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah petanda bahawa tubuh kita perlu tambahan oksigen. Tahukah Anda? Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yang genap itu akan menghasilkan gula dalam darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat. Tahukah Anda? Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Tahukah Anda? Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut." Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran. Tahukah Anda? Diceritakan ada seorang wanita solehah yang meninggal dunia. Maka setiap kali penduduk desa menziarahi kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dari dalam kubur tersebut. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur. Sesungguhnya surah Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur. Tahukah Anda? Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dengan syurga kecuali mati. Tahukah Anda? Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, maka janganlah kita terburu-buru untuk beranjak dari tempat duduk.
Siapa org pertama mencipta telefon? Jawabnya : Alexander Graham Bell
Tapi, siapa orang pertama menulis Bismillah? Mari kita kenali Islam!! 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
Saya pasti ramai ibu bapa yang pertama kali mendaftar untuk anak-anak mereka yang akan memasuki darjah 1 terkadang terpinga-pinga untuk mengisi borang secara di atas talian dan kemudian tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Ibu bapa boleh mengisi borang secara di atas talian di https://public.moe.gov.my. Apabila selesai mengisi borang ini, borang mestilah dicetak dan dihantar ke sekolah yang dipohon. Ibu bapa perlu peka dengan pengumuman yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan sekolah-sekolah. Selalunya ibu bapa boleh mula mendaftar pada 1 Mac - 30 April setiap tahun. Pada tahun berikutnya, ibu bapa boleh mengakses semula laman sesawang yang sama untuk Penempatan Murid Tahun 1 dan mencetak Tawaran Penempatan Kanak-Kanak Ke Tahun 1 dan membuat pengesahan di sekolah dengan membawa sekali sijil lahir kanak-kanak bermula 1 Ogos - 31 Ogos. Mungkin ada di kalangan kita yang sangat mementingkan kesihatan harian dengan mengambil Supplemen Harian. Akan tetapi, kesibukan bekerja membuatkan kita kadang-kadang terlupa untuk mengambilnya. Ada yang tertanya, bagaimana cara saya mengekalkan rentak pengambilan Supplemen setiap hari? Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk tidak terlepas dari mengambil Supplemen Harian mereka. Bagi saya, caranya sangat mudah. Saya cuma mengasingkan tablet yang perlu diambil setiap hari ke dalam "Pill Box". Asingkan mengikut kuantiti yang disarankan atau yang kita ambil. Dengan ini, kita tidak akan terlebih atau terkurang dalam pengambilan Suppemen Harian kita. Selain itu, saya juga ada Apps sebagai reminder untuk mengingatkan saya tentang pengambilan Supplemen Harian pada masa tertentu. Jadi tak ada laa terlewat untuk mengambil Supplemen yang telah ditetapkan. App yang saya gunakan adalah MyTherapy. App ini sangat membantu, dan sepanjang menggunakan App ini, saya belum terlepas lagi mengambil Supplemen. Anda boleh tengok sendiri Pengenalan tentang app ini di bawah.
Dah lama tak berkunjung ke Big Bad Wolf (BBW). Pertama kali ke BBW di Kuala Lumpur di The Mines Convention Center. Disebabkan BBW di KL buka 24 jam, kami pegi awal pagi sesudah Subuh. Tak sesak, senang nak cari buku. Tapi bila sampan waktu lebih kurang 8 pagi, orang dah mula membanjiri BBW. So kami pun cepat-cepat bayar dan keluar dari tempat tu.
Dah kata kali pertama pegi, so memang tak ada langsung pengalaman di BBW. Rupanya peminat BBW ni memang akan bawa beg baju beroda ke sana. Sebab tanpa disedari, buku yang dibeli akan jadi sampai beratus-ratus dan memang akan penuh satu beg tu. Mula-mula memang nampak macam tak ada apa-apa yang dibeli, tapi sekali dah masuk beg shopping, jenuh juga laa nak mengangkat ke kereta sebab berat. Untuk BBW kali ni di Penang. Kali ni tak banyak buku yang kami beli sebab banyak lagi buku yang belum dibaca. Tak sempat nak baca sebab jadual yang padat. Buku yang dibeli semua untuk anak sulung yang akan masuk sekolah rendah tahun depan.
Ada tujuan sebenarnya kunjungan ke BBW kali ni. Selain anak sulung dapat buku dia, kami membeli untuk projek khas seorang rakan di Alor Star. Dia bekerjasama dengan sebuah sekolah rendah agama untuk projek "Mini Library". Masa dia war-warkan projek ni memang kena betullah dengan BBW ni. So apa lagi, jimat nak beli buku.
Kepada yang berminat nak turut serta, boleh laa hubungi nombor yang tertera. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2018. Ada lebih kurang sebulan setengah lagi untuk turut serta.
Disebabkan projek ni adalah untuk sekolah rendah agama, buku yang dihadiahkan mesti bergenre kanak-kanak atau umum.
Semestinya setiap ibu yang melahirkan ingin memberi yang terbaik buat bayi mereka. Dan semestinya penyusuan ibu adalah yang terbaik untuk si kecil. Menjadi impian setiap ibu untuk menyusukan bayi masing-masing untuk tempoh 2 tahun.
Tapi tahukah anda, penyusuan ibu boleh menjadi sesuatu yang mencabar jika pada permulaan penyusuan, susu ibu sedikit dan dianggap tidak cukup untuk si kecil. Ini boleh menjadikan ibu dalam keadaan tertekan, ditambah pula tekanan dari orang sekeliling? Oleh itu, bantuan dan sokongan orang sekeliling terutamanya dari orang terdekat sangat dititikberatkan. Selain itu, emosi ibu perlu dijaga untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan tenang dan dapat memberi tumpuan dalam menjayakan penyusuan ibu. Pada zaman serba moden ini, pelbagai cara boleh dibuat untuk memastikan si kecil mendapat susu ibu yang cukup. Antaranya, bantuan dan sokongan dari kelab penyusuan ibu yang terdapat di laman sosial dan internet. Kebanyakan dari mereka akan membantu ibu dari segi cara untuk memastikan ibu sentiasa mempunyai susu yang cukup untuk si kecil. Selain itu, terdapat banyak makanan tambahan untuk dicuba oleh ibu sebagai salah satu cara membanyakkan susu ibu. Cari sahaja di media sosial, dan pilih ikut kemampuan. Akhir sekali, penyusuan ibu sangat memerlukan bantuan dan sokongan orang terdekat terutama suami dan keluarga. Emosi ibu juga harus dijaga supaya ibu tidak merasa kepenatan atau tertekan. Kisah saya dan Shaklee bermula dengan ESP. Masa tu, anak menyusu dan saya bekerja. Memang LETIH + LESU. Pegi keja pun dah start seret-seret kasut. So tanya dgn Hafiz Mika, produk Shaklee bajet untuk tambah tenaga. Dia cadangkan ESP. Since saya pun memang seorang yang malas nak telan pil, saya trus ja cuba ESP.
Lepas cuba dalam seminggu, badan saya mula rasa ENERGETIC. Dah tak rasa lemau macam sebelum ni, dah tak seret kasut. So memang suka sangat dgn ESP sampai sehari boleh hentam 3-4 kali. Setiap kali bancuh Milo ja mesti letak ESP 2 sudu besar. Cepat laa habis ESP tu. Sekarang masih setia bersama ESP, produk kesayangan saya. Dah nak masuk anak kedua, dan memang rasa perbezaan setiap kali amik ESP dan tak amik ESP. Bila tak amik badan rasa tak larat, tapi bila amik, memang bertenaga seharian. Sepanjang bulan Ramadan yang lepas, saya konsisten dengan ESP + Kurma + Susu untuk tenaga sepanjang berpuasa. Maklum laa, tengah hamil ni, memang baby akan cepat absorb tenaga. So kena laa ada persediaan. Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Sepercik Hikmah
Mengapa kurma dibenci jin dan setan? Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari? Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh manusia. Amir bin Saad dari ayahnya – berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma. Penelitian sudah tunjjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama.
|
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|