1. Yakin
🍃 Bila anda dah bersetuju untuk membuat bisnes, pertama sekali anda mesti yakin. Yakin terhadap diri sendiri, yakin terhadap produk yang anda jual & yakin dengan rezeki dari Allah. 2. Tidak Malu 🍃 Nak bisnes jangan malu. Malu untuk promote, malu untuk bertanya,malu untuk mula. Nak malu biar bertempat! 3. Tidak Malas 🍃 Nak buat bisnes tapi malas. Nak duit banyak tapi malas. Malas nak promote, malas nak cari idea. Kalau nak sesuatu benda tapi malas berusaha, percayalah sampai bila-bila pun kita tak akan berjaya. 4. Rajin 🍃 Rajin promote, rajin cari idea, rajin belajar. Nak berjaya kenalah rajin kan? 5. Tidak cepat putus asa 🍃 simpan je la angan-angan mat jenin nak buat bisnes nak berjaya kalau dah kena hentam kena maki kena kritik sikit pun dah give up. Semua orang yang berjaya sekarang pernah rasa semua tu tapi sebab apa diorang masih lagi berjaya? Sebab diorang tak berputus asa, diorang yakin, diorang rajin 💪 Nak berjaya macam orang lain jugak? Wajib follow semua kat atas!! 😊💪
0 Comments
Ya kejayaan. Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah. Kejayaan juga adalah sesuatu yang subjektif. Subjektif dari segi pemahaman seseorang. Ada yang kata, jadi Doktor ialah satu kejayaan. Ada yang kata, jadi 'engineer' ialah satu kejayaan. Ada yang kata, jadi Pegawai Atasan Sektor Awam ialah satu kejayaan. Tengok, berbeza kan?
Pada zaman sekarang ni, berjaya dalam bisnes dianggap sebagai satu kejayaan besar. Sebabnya, pada zaman serba moden ni, pelbagai peluang perniagaan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Dari yang perlu mengeluarkan beratus ribu ringgit sebagai modal, hinggalah menjadi ejen 'dropship' untuk sesebuah perniagaan. Tetapi perlu diingatkan, setiap kejayaan itu datang dari USAHA, DOA dan TAWAKAL. Doa dan tawakal tanpa usaha adalah kerja yang sia-sia. Walaupun hanya menjadi ejen 'dropship', kejayaan itu pasti ada, tapi perlu bersertakan dengan USAHA yang berterusan, tidak cepat putus asa, konsisten dengan apa yang dikerjakan. Jangan buat sekerat jalan. Jangan kerana baru sehari buat tapi tak ada yang membeli, terus putus asa. Sebenarnya menjadi ejen 'dropship' adalah satu peluang untuk anda yang tiada modal untuk berbisnes dan cara paling mudah untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan. Ini juga adalah peluang untuk anda mencapai kejayaan yang lebih besar. Untuk mencapai kejayaan dalam bisnes juga memerlukan keberanian. Berani untuk mencuba, berani untuk mengambil risiko, berani untuk berkorban. Ramai yang memulakan perniagaan untuk mendapatkan pendapatan sampingan tanpa meninggalkan kerja di pejabat. Jadi di sini, mereka adalah orang yang berani untuk berkorban. Berkorban masa sesudah waktu kerja. Masa untuk keluarga juga menjadi sangat terhad. Dalam setiap perniagaan pasti mempunyai risiko. Tidak kira perniagaan anda kecil atau besar. Untuk perniagaan kecil, kehilangan barang sewaktu transit adalah normal. Barang sampai lewat kepada pelanggan. Itu semua perlu ditangani dengan bijak. Untuk mereka yang berimpian untuk memulakan perniagaan, berani untuk mencuba adalah langkah pertama buat anda. Pastikan anda mempunyai 'planning' sebelum memulakan perniagaan. Biarlah bermula dengan kecil dan kemudian berkembang menjadi besar atau lebih gergasi. Akhir kata dari saya, jangan memberi alasan jika hendak berjaya. Kejayaan seseorang itu tidak datang dengan mudah, tetapi memerlukan USAHA dan PENGORBANAN yang berteruskan. SELAMAT MAJU JAYA Syarifah Salwa Vitaminicious Haa, bagi yang tak tahu tu, saya mempunyai hobi yang pelik dan lain dari yang lain. Saya sangat suka mengait. Bila mula ja mengait, memang tak boleh berhenti. Dan sangat menjadi satu kegilaan kalau saya terjumpa dengan benang kait. So antara kedai-kedai yang memang sangat-sangat tidak boleh dijejaki ialah Spotlight. Saya pernah menetap di Kuala Lumpur dan cawangan Spotlight yang paling hampir dengan saya adalah The Mines. Selamat sekarang ni dah pindah balik ke Pulau Pinang, jimat duit poket.
Di bawah adalah antara hasil mengait sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang seni ni.
|
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|