Menghalang Pertumbuhan Jerawat
Zink menghalang pertumbuhan bakteria penyebab jerawat, menyekat aktiviti kelenjar minyak dan mengurangkan simptom jerawat untuk kulit yang lebih bersih. Menyembuh dan Meremajakan Kulit Zink menggalakkan penghasilan sel kulit baru dan fungsi sel membran untuk kulit yang sihat dan sempurna. Apabila kulit rosak, zink membantu menghasilkan protein dan kolagen untuk menggalakkan penyembuhan luka. Memberikan Anda Rambut Yang Kuat, Berkilau Zink menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mempercepat pertumbuhan semula folikel rambut. Meningkatkan Kesihatan Jantung Zink terlibat dalam pelbagai aktiviti tindak balas enzim, membantu mengatasi tekanan oksidatif yang merupakan salah satu punca kegagalan jantung. Zink juga mempunyai sifat antioksidan yang kuat untuk meneutralkan radikal bebas bagi melindungi jantung. Permulaan yang Sihat Zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikular yang betul, yang membantu telur untuk pergi ke rahim untuk persenyawaan. Menggalakkan Tidur yang Lebih Baik Zink dapat membantu menggalakkan dan mengawalatur corak tidur yang lebih sihat, agar anda dapat tidur yang lena, tampil lebih segar dan lebih aktif, setiap hari! Melambatkan Kemerosotan Makular Mata Zink membantu vitamin A menghasilkan melanin, yang melindungi mata. Apabila dimakan bersama dengan vitamin antioksidan lain, zink melambatkan kemerosotan makula mata yang berlaku kerana faktor penuaan. Meningkatkan Kesihatan Imun Zink membantu memendekkan tempoh selesema sehingga 40%! Ia juga memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka bekerja secara optimum. Boleh Menggalakkan Kawalan Gula Darah Zink dapat membantu mengurangkan rintangan insulin, meningkatkan keupayaan tubuh untuk menggunakan insulin dengan cekap bagi mengekalkan paras gula darah yang sihat. Meningkatkan Kesihatan Prostat Memastikan sperma bergerak ke hadapan dengan arah yang betul untuk menembusi telur bagi persenyawaan yang berjaya dan menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki.
0 Comments
Tahukah Anda?
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Zink adalah mineral surih yang penting dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh. Ia dijumpai di dalam setiap sel dan komponen badan serta di dalam lebin daripada 200 enzim yang penting untuk memastikan tubuh anda bekerja secara optimum termasuk yang berikut :
Adakah anda Kekurangan Zink? Adakah anda mengalami mana-mana gejala ini? Ambil kuiz ini untuk mengetahui sama ada anda memerlukan zink untuk meningkatkan kesihatan. Letakkan tanda dalam kotak untuk setiap pernyataan yang berkenaan dengan anda.
Menanda 3 atau lebih kotak menunjukkan kemungkinan kekurangan zink. Ketahui tahap zink anda dan tingkatkan pengambilan anda sekarang!
|
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|