Ya kejayaan. Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah. Kejayaan juga adalah sesuatu yang subjektif. Subjektif dari segi pemahaman seseorang. Ada yang kata, jadi Doktor ialah satu kejayaan. Ada yang kata, jadi 'engineer' ialah satu kejayaan. Ada yang kata, jadi Pegawai Atasan Sektor Awam ialah satu kejayaan. Tengok, berbeza kan?
Pada zaman sekarang ni, berjaya dalam bisnes dianggap sebagai satu kejayaan besar. Sebabnya, pada zaman serba moden ni, pelbagai peluang perniagaan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Dari yang perlu mengeluarkan beratus ribu ringgit sebagai modal, hinggalah menjadi ejen 'dropship' untuk sesebuah perniagaan. Tetapi perlu diingatkan, setiap kejayaan itu datang dari USAHA, DOA dan TAWAKAL. Doa dan tawakal tanpa usaha adalah kerja yang sia-sia. Walaupun hanya menjadi ejen 'dropship', kejayaan itu pasti ada, tapi perlu bersertakan dengan USAHA yang berterusan, tidak cepat putus asa, konsisten dengan apa yang dikerjakan. Jangan buat sekerat jalan. Jangan kerana baru sehari buat tapi tak ada yang membeli, terus putus asa. Sebenarnya menjadi ejen 'dropship' adalah satu peluang untuk anda yang tiada modal untuk berbisnes dan cara paling mudah untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan. Ini juga adalah peluang untuk anda mencapai kejayaan yang lebih besar. Untuk mencapai kejayaan dalam bisnes juga memerlukan keberanian. Berani untuk mencuba, berani untuk mengambil risiko, berani untuk berkorban. Ramai yang memulakan perniagaan untuk mendapatkan pendapatan sampingan tanpa meninggalkan kerja di pejabat. Jadi di sini, mereka adalah orang yang berani untuk berkorban. Berkorban masa sesudah waktu kerja. Masa untuk keluarga juga menjadi sangat terhad. Dalam setiap perniagaan pasti mempunyai risiko. Tidak kira perniagaan anda kecil atau besar. Untuk perniagaan kecil, kehilangan barang sewaktu transit adalah normal. Barang sampai lewat kepada pelanggan. Itu semua perlu ditangani dengan bijak. Untuk mereka yang berimpian untuk memulakan perniagaan, berani untuk mencuba adalah langkah pertama buat anda. Pastikan anda mempunyai 'planning' sebelum memulakan perniagaan. Biarlah bermula dengan kecil dan kemudian berkembang menjadi besar atau lebih gergasi. Akhir kata dari saya, jangan memberi alasan jika hendak berjaya. Kejayaan seseorang itu tidak datang dengan mudah, tetapi memerlukan USAHA dan PENGORBANAN yang berteruskan. SELAMAT MAJU JAYA Syarifah Salwa Vitaminicious |
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|