Seperti yang dikatakan dalam tulisan sebelum ini, emosi ibu menyusu sangat penting bagi memastikan kejayaan penyusuan ibu. Dalam tulisan kali ini, saya akan tekankan lebih tentang emosi ibu.
Penghasilan susu ibu sangat bergantung kepada emosi ibu yang tenang dan gembira. Kerana emosi ibu yang terganggu akan menyebabkan hormon oxytocin tidak dirembeskan dengan berkesan. Hormon inilah yang mempengaruhi penghasilan susu ibu yang berkualiti. Oleh itu, jagalah emosi ibu sebaik mungkin. Jika emosi ibu berada di tahap stress, dikuatiri penghasilan susu ibu juga kurang berkualiti dan jika ibu berada dalam mood yang stress dalam jangka masa yang lama, ditakuti kuantiti penghasilan juga akan berkurang dan seterusnya kering.
0 Comments
Kajian telah menunjukkan bahawa diet seorang ibu menentukan kualiti dan nutrien dalam susu ibu. Para ibu, ambil nutrien yang tepat untuk memberikan susu terbaik bagi pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi anda.
Semestinya setiap ibu yang melahirkan ingin memberi yang terbaik buat bayi mereka. Dan semestinya penyusuan ibu adalah yang terbaik untuk si kecil. Menjadi impian setiap ibu untuk menyusukan bayi masing-masing untuk tempoh 2 tahun.
Tapi tahukah anda, penyusuan ibu boleh menjadi sesuatu yang mencabar jika pada permulaan penyusuan, susu ibu sedikit dan dianggap tidak cukup untuk si kecil. Ini boleh menjadikan ibu dalam keadaan tertekan, ditambah pula tekanan dari orang sekeliling? Oleh itu, bantuan dan sokongan orang sekeliling terutamanya dari orang terdekat sangat dititikberatkan. Selain itu, emosi ibu perlu dijaga untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan tenang dan dapat memberi tumpuan dalam menjayakan penyusuan ibu. Pada zaman serba moden ini, pelbagai cara boleh dibuat untuk memastikan si kecil mendapat susu ibu yang cukup. Antaranya, bantuan dan sokongan dari kelab penyusuan ibu yang terdapat di laman sosial dan internet. Kebanyakan dari mereka akan membantu ibu dari segi cara untuk memastikan ibu sentiasa mempunyai susu yang cukup untuk si kecil. Selain itu, terdapat banyak makanan tambahan untuk dicuba oleh ibu sebagai salah satu cara membanyakkan susu ibu. Cari sahaja di media sosial, dan pilih ikut kemampuan. Akhir sekali, penyusuan ibu sangat memerlukan bantuan dan sokongan orang terdekat terutama suami dan keluarga. Emosi ibu juga harus dijaga supaya ibu tidak merasa kepenatan atau tertekan. |
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|