Siapa org pertama mencipta telefon? Jawabnya : Alexander Graham Bell
Tapi, siapa orang pertama menulis Bismillah? Mari kita kenali Islam!! 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
0 Comments
Tidak dinafikan protein memainkan peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda. BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN? Jika anda adalah salah seorang daripada golongan berikut, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.
Saya pasti ramai ibu bapa yang pertama kali mendaftar untuk anak-anak mereka yang akan memasuki darjah 1 terkadang terpinga-pinga untuk mengisi borang secara di atas talian dan kemudian tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Ibu bapa boleh mengisi borang secara di atas talian di https://public.moe.gov.my. Apabila selesai mengisi borang ini, borang mestilah dicetak dan dihantar ke sekolah yang dipohon. Ibu bapa perlu peka dengan pengumuman yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan sekolah-sekolah. Selalunya ibu bapa boleh mula mendaftar pada 1 Mac - 30 April setiap tahun. Pada tahun berikutnya, ibu bapa boleh mengakses semula laman sesawang yang sama untuk Penempatan Murid Tahun 1 dan mencetak Tawaran Penempatan Kanak-Kanak Ke Tahun 1 dan membuat pengesahan di sekolah dengan membawa sekali sijil lahir kanak-kanak bermula 1 Ogos - 31 Ogos. Mungkin ada di kalangan kita yang sangat mementingkan kesihatan harian dengan mengambil Supplemen Harian. Akan tetapi, kesibukan bekerja membuatkan kita kadang-kadang terlupa untuk mengambilnya. Ada yang tertanya, bagaimana cara saya mengekalkan rentak pengambilan Supplemen setiap hari? Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk tidak terlepas dari mengambil Supplemen Harian mereka. Bagi saya, caranya sangat mudah. Saya cuma mengasingkan tablet yang perlu diambil setiap hari ke dalam "Pill Box". Asingkan mengikut kuantiti yang disarankan atau yang kita ambil. Dengan ini, kita tidak akan terlebih atau terkurang dalam pengambilan Suppemen Harian kita. Selain itu, saya juga ada Apps sebagai reminder untuk mengingatkan saya tentang pengambilan Supplemen Harian pada masa tertentu. Jadi tak ada laa terlewat untuk mengambil Supplemen yang telah ditetapkan. App yang saya gunakan adalah MyTherapy. App ini sangat membantu, dan sepanjang menggunakan App ini, saya belum terlepas lagi mengambil Supplemen. Anda boleh tengok sendiri Pengenalan tentang app ini di bawah.
Dah lama tak berkunjung ke Big Bad Wolf (BBW). Pertama kali ke BBW di Kuala Lumpur di The Mines Convention Center. Disebabkan BBW di KL buka 24 jam, kami pegi awal pagi sesudah Subuh. Tak sesak, senang nak cari buku. Tapi bila sampan waktu lebih kurang 8 pagi, orang dah mula membanjiri BBW. So kami pun cepat-cepat bayar dan keluar dari tempat tu.
Dah kata kali pertama pegi, so memang tak ada langsung pengalaman di BBW. Rupanya peminat BBW ni memang akan bawa beg baju beroda ke sana. Sebab tanpa disedari, buku yang dibeli akan jadi sampai beratus-ratus dan memang akan penuh satu beg tu. Mula-mula memang nampak macam tak ada apa-apa yang dibeli, tapi sekali dah masuk beg shopping, jenuh juga laa nak mengangkat ke kereta sebab berat. Untuk BBW kali ni di Penang. Kali ni tak banyak buku yang kami beli sebab banyak lagi buku yang belum dibaca. Tak sempat nak baca sebab jadual yang padat. Buku yang dibeli semua untuk anak sulung yang akan masuk sekolah rendah tahun depan.
Ada tujuan sebenarnya kunjungan ke BBW kali ni. Selain anak sulung dapat buku dia, kami membeli untuk projek khas seorang rakan di Alor Star. Dia bekerjasama dengan sebuah sekolah rendah agama untuk projek "Mini Library". Masa dia war-warkan projek ni memang kena betullah dengan BBW ni. So apa lagi, jimat nak beli buku.
Kepada yang berminat nak turut serta, boleh laa hubungi nombor yang tertera. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2018. Ada lebih kurang sebulan setengah lagi untuk turut serta.
Disebabkan projek ni adalah untuk sekolah rendah agama, buku yang dihadiahkan mesti bergenre kanak-kanak atau umum.
Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel-sel kita. Selain sangat terkenal akan fungsinya dalam menyokong sistem imun sihat, ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan berupaya membantu melawan radikal bebas, menyokong proses penuaan yang sihat dan menyokong penyembuhan penyakit.
Oleh kerana Vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh, ianya perlu diambil daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen Vitamin C. Optimumkan tahap Vitamin C anda dan nikmati kesihatan yang menakjubkan!
|
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|