Saya pasti ramai ibu bapa yang pertama kali mendaftar untuk anak-anak mereka yang akan memasuki darjah 1 terkadang terpinga-pinga untuk mengisi borang secara di atas talian dan kemudian tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Ibu bapa boleh mengisi borang secara di atas talian di https://public.moe.gov.my. Apabila selesai mengisi borang ini, borang mestilah dicetak dan dihantar ke sekolah yang dipohon. Ibu bapa perlu peka dengan pengumuman yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan sekolah-sekolah. Selalunya ibu bapa boleh mula mendaftar pada 1 Mac - 30 April setiap tahun. Pada tahun berikutnya, ibu bapa boleh mengakses semula laman sesawang yang sama untuk Penempatan Murid Tahun 1 dan mencetak Tawaran Penempatan Kanak-Kanak Ke Tahun 1 dan membuat pengesahan di sekolah dengan membawa sekali sijil lahir kanak-kanak bermula 1 Ogos - 31 Ogos.
0 Comments
Leave a Reply. |
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|