Dah lama tak berkunjung ke Big Bad Wolf (BBW). Pertama kali ke BBW di Kuala Lumpur di The Mines Convention Center. Disebabkan BBW di KL buka 24 jam, kami pegi awal pagi sesudah Subuh. Tak sesak, senang nak cari buku. Tapi bila sampan waktu lebih kurang 8 pagi, orang dah mula membanjiri BBW. So kami pun cepat-cepat bayar dan keluar dari tempat tu.
Dah kata kali pertama pegi, so memang tak ada langsung pengalaman di BBW. Rupanya peminat BBW ni memang akan bawa beg baju beroda ke sana. Sebab tanpa disedari, buku yang dibeli akan jadi sampai beratus-ratus dan memang akan penuh satu beg tu. Mula-mula memang nampak macam tak ada apa-apa yang dibeli, tapi sekali dah masuk beg shopping, jenuh juga laa nak mengangkat ke kereta sebab berat. Untuk BBW kali ni di Penang. Kali ni tak banyak buku yang kami beli sebab banyak lagi buku yang belum dibaca. Tak sempat nak baca sebab jadual yang padat. Buku yang dibeli semua untuk anak sulung yang akan masuk sekolah rendah tahun depan.
Ada tujuan sebenarnya kunjungan ke BBW kali ni. Selain anak sulung dapat buku dia, kami membeli untuk projek khas seorang rakan di Alor Star. Dia bekerjasama dengan sebuah sekolah rendah agama untuk projek "Mini Library". Masa dia war-warkan projek ni memang kena betullah dengan BBW ni. So apa lagi, jimat nak beli buku.
Kepada yang berminat nak turut serta, boleh laa hubungi nombor yang tertera. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2018. Ada lebih kurang sebulan setengah lagi untuk turut serta.
Disebabkan projek ni adalah untuk sekolah rendah agama, buku yang dihadiahkan mesti bergenre kanak-kanak atau umum.
2 Comments
Latar Belakang Master Farihah, Pengasas SurijuniorMaster Farihah merupakan pengasas Surijunior Network Sdn Bhd. Mula berkecimpung dalam dunia Shaklee pada tahun 2011 dan berjaya melahirkan 5 orang Master Coordinator di bawah rangkaiannya.
Berpendapatan RM 600 pada bulan pertama menyertai Shaklee, sekarang income beliau mencapai RM 2juta sebulan. Merupakan seorang guru di sekolah antarabangsa, kemudian berhenti untuk menumpukan perhatian dengan dunia Shaklee. Sekarang beliau menetap di Kodiang, Kedah dan dikenali sebagai 'Orang Kaya Kodiang' kerana kejayaan beliau dalam dunia Shaklee. Bukan itu sahaja, kerana kejayaan meraih pendapatan 6 angka, beliau membeli beribu ekar bendang di Kodiang. Di bawah beliau sekarang adalah :-
|
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|