Semestinya setiap ibu yang melahirkan ingin memberi yang terbaik buat bayi mereka. Dan semestinya penyusuan ibu adalah yang terbaik untuk si kecil. Menjadi impian setiap ibu untuk menyusukan bayi masing-masing untuk tempoh 2 tahun.
Tapi tahukah anda, penyusuan ibu boleh menjadi sesuatu yang mencabar jika pada permulaan penyusuan, susu ibu sedikit dan dianggap tidak cukup untuk si kecil. Ini boleh menjadikan ibu dalam keadaan tertekan, ditambah pula tekanan dari orang sekeliling? Oleh itu, bantuan dan sokongan orang sekeliling terutamanya dari orang terdekat sangat dititikberatkan. Selain itu, emosi ibu perlu dijaga untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan tenang dan dapat memberi tumpuan dalam menjayakan penyusuan ibu. Pada zaman serba moden ini, pelbagai cara boleh dibuat untuk memastikan si kecil mendapat susu ibu yang cukup. Antaranya, bantuan dan sokongan dari kelab penyusuan ibu yang terdapat di laman sosial dan internet. Kebanyakan dari mereka akan membantu ibu dari segi cara untuk memastikan ibu sentiasa mempunyai susu yang cukup untuk si kecil. Selain itu, terdapat banyak makanan tambahan untuk dicuba oleh ibu sebagai salah satu cara membanyakkan susu ibu. Cari sahaja di media sosial, dan pilih ikut kemampuan. Akhir sekali, penyusuan ibu sangat memerlukan bantuan dan sokongan orang terdekat terutama suami dan keluarga. Emosi ibu juga harus dijaga supaya ibu tidak merasa kepenatan atau tertekan.
0 Comments
Leave a Reply. |
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|