Jantung, sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung. Mengekalkan Profil Lipid yang SihatProfil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:
Mengawal Tekanan Darah yang sihat Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat. Memelihara Saluran Darah daripada TersumbatSaluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda. Omega-3 membantu:
Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang SihatDegupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut. (1) Menyokong Peredaran Darah yang Sihat Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu, dan sel anda. Omega-3 membantu:
0 Comments
Leave a Reply. |
Salwa
Pengedar sah Shaklee di Utara Malaysia. Archives
November 2019
Categories
All
|